SOTONG MASAK KICAP ELFY
BAHAN:
800 gm sotong } dibersihkan
3 biji kentang } dipotong bulat
6 biji cili padi }dikisar
1 inch halia }dikisar
1 biji bawang besar } dikisar
3 ulas bawang putih } dikisar
2 ulas bawang merah }dikisar
kicap} kuantiti ikut kehendak masing
5 sudu makan air asam jawa
sedikit minyak masak
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
1 cawan air
CARA
1.goreng kentang yang telah dipotong sehingga separuh masak dan asingkan
2. masukkan minyak didalam kuali setelah minyak panas tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. masukkan airasam jawa dan juga air. setelah kuah megelegak masukkan ubi kentang yg diasingkan tadi
4.setelah itu masukkan kicap, garam,gula dan juga bahan perasa.
5.akhir sekali masukkan sotong.sotong jangan dimasak terlalu lama kerana air pada sotong itu akan keluar dan sotong akan menjadi keras.
6. tutup api..dan boleh dihidangkan
selamat menjamu selera dari resepi elfy little kitchen :)
NASI DAGANG SELERA ELFY
BAHAN:
2 kilo beras wangi
1/2 kilo bersa nasi dagang }jika ada
3 biji kelapa}agak2 tidak cukup tambahkan lgi kuantiti kelapa
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula
halba }angaran sendiri
7 biji bawang merah}dipotong halus
1/2 batang halia muda}dipotong halus memanjang
CARA;
1. campurkan beras dan rendam semalaman
2. perah kelapa yang telah diparut menjadi santan pekat sebanyak 1 besen kecik dan juga santan cair sebanyak 1 bekas kecil juga.santan pekat dicampurkan dengan garam dan gula.pastikan santan itu sedikit masin supaya nasi dagang akan menjadi agak lemak.
3. kukus beras selama 20 minit agak-agak beras menjadi sedikit kembang. selepas itu keluarkan dari pengukus dan masukkan nasi kedalam besan.
4.masukakan santan cair dan gaulkan rata.setelah itu.masukakan kembali nasi tadi kedalam pengukus dan kukus lagi selama 30 minit.
5.keluarkan nasi dan tuangkan semula kedalam besan.selepas itu,masukakan santan pekat,halba,bawang dan juga halia.gaulkan bahan tadi sehingga rata.
6.masukkan semula nasi kedalam pengukus dan kukus sehingga nasi itu masak.
7.setelah masak boleh dihidangkan.
selamat menjamu selera dari resepi elfy little kitchen. :)
KARI IKAN TONGKOL@IKAN AYA ELFY
BAHAN:
santan (1 @ 2 biji mengikut jumlah banyaknya ikan)
8 biji cili hijau @melaka@padi
4 biji cili merah
sedikit minyak
BAHAN A (REBUS)
4 ekor ikan tongkol }dikatamkan @ potong
4 keping asam keping
4 sudu besar garam
air seperiuk
1 keping gula melaka
BAHAN B (KISAR)
1 paket kari ikan(sekiranya ikan banyak tambahkan 1 @ 2 paket lg)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
CARA:
1. campurkan semua bahan untuk direbus dan rebuskan dan biarkan semalaman
2. panaskan minyak didalam periuk dan tumiskan bahan yang telah dikisar.tunggu sehingga pecah minyak.
3.masukkan santan tunggu sehingga santan menggelegak selepas itu masukkan ikan yg telah direbus satu persatu.jangan diambil air rebusan tersebut.biarkan ikan mengelegak lama.
4. sebelum masukkan bahan perasa, rasa kuah terlebih dahulu sekiranya sudah secukup rasa tidak perlu dimasukkan lagi bahan perasa, sekiranya masih kurang tambahkan garam @ asam keping @ 1 sudu gula.
5.akhir sekali masukkan cili merah dan cili padi.tunggu sehingga agak pekat tutupkan api.
6.setelah kari masak sedia dihidangkan
selamat menjamu selera dari resepi elfy little kitchen. :)
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
wah rasanya dah lama tak update resepi.ok hari nie miss ely nak ajar resepi ikan patin masak tempoyak. skang nie ikan patin dah senang nak dpat tak perlu nak pergi ker pahang dah tok makannya. tapi misal kata ikan patin takde don't worry kite msih lagi boleh wat iaitu dengan menggunakan ayam atau ikan kembong.
BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan patin} dipotong 5
10 tangkai cili padi merah (sekiranya tidak mhu pedas kurangkan kuantiti)
1 inci kunyit hidup
sedikit daun kesum
1 biji timun kuning }dipotong sederhana panjang
3 1/2 sudu tempoyak
1 @2 keping asam keping
gula
garam
1 mangkuk air, jika terlalu pekat tambah sedikit lgi air
CARA:
1. Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup sehingga lumat
2.masukkan tempoyak dan gaulkan rata
3.masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk dan masukkan air , timun , asam keping dan daun kesum
4.setelah bahan sudah mengelegak dan timun hampir empuk masukkan ikan patin gula gan garam secukup rasa.
5.apabila timun dan ikan sudah masak boleh ditutupkan api dan dihidangkan.
selamat menjamu selera dari resepi elfy little kitchen :)
IKAN PATIN BAKAR TEMPOYAK
camni la rupe bahan2 yg ditumbuk dan digau bersama tempoyak
BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan patin }dipotong 5 setiap seekor
10 tangkai cili padi merah (sekiranya tidak mahu pedas kurangkan kuantiti)
1 inci kunyit hidup
3 1/2 sudu tempoyak
gula
garam
daun pisang untuk balut
CARA:
1. Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup sehingga lumat
2.masukkan tempoyak dan gaulkan rata masukkan garam dan gula secukup rasa dan tumbuk semula supaya adunan tadi menjadi sebati
3. masukkan bahan rencah yang ditumbuk tadi kedalam besen kecik
4. letakkan ikan patin yang dipotong 5 diatas daun pisang yang dilapik dengan tempat pembakar
5.masukkan rencah tempoyak tdi kedalam ikan dan rata kn supaya semua ikan disaluti bhan rencah tadi.
6 balut ikan tersebut dan bakar diatas bara api.
7.bakar sehingga air dalam ikan dan rencah itu menjadi kering
8.angkat dan boleh dihidangkan
selamat menjamu selera dari resepi elfy little kitchen :)




wau cedapnye nak nak nak
ReplyDelete